Hari ni janji nak pergi rumah Cik Jan pukul 11. Sebab mintak tolong Cik Jan bawakan ke kedai butik pengantin. Tapi sampai rumah Cik Jan pukul 12 lebih.
Sampai je depan rumah, Cik Jan terus cakap aku ni betul-betul anak ayah. Selalu lambat. Nak je aku jawab, ayah lambat sebab aku ler. Tapi tak baik menjawab cakap orang 'lama'.
Tak sempat masuk rumah, Cik Jan terus ajak naik kereta dia pergi butik tu. Sampai je butik, aku pilih 2 baju untuk dicuba.
Pilihan pertama, aku pakai agak gedoboh sikit. So beralih pada pilihan kedua, baju songket lace ape tah. Lebih elok pilihan kedua.
Lepas dah cuba kedua-dua baju, terus tanya tuan kedai tu macam mana kira bicaranya. Sebenarnya aku nak cuba banyak baju kat kedai tu. Tapi tuan kedai tu macam tak suka je. So aku pun malas nak cuba banyak-banyak.
Harga sewa baju tu termasuk aksesori ialah RM500. Aku cakap kat tuan kedai aku akan confirmkan by 2hb Feb nanti.
Lepas tu, balik rumah Cik Jan sebab dia ajak aku makan tengahari kat rumah dia. Sampai je rumah, Cik Jan terus bersilat masak kat dapur.
Aku temankan sembang je la. Nak masak tak reti walaupun dah gatal nak menikah.
Tak sampai sejam dah siap 5 hidangan. Sambal tumis udang, tauge masak lemak, bendi rebus, sambal belacan dan ikan masin goreng.
Sambil makan sambil gossip. Biasa la lama tak jumpa la kunun. Oh ye, lupa nak bagitau, Alang pun ada. Dia cuti sebelum periksa final semester.
Lepas makan, ada puding jagung lagi.
Cik Jan pergi amik Powtet kat sebelah rumah. Jiran sebelah ni rajin jagakan powtet. Powtet masuk je rumah, terus jalan ke arah aku dan duduk kat riba. Alamak, sangat comel ok. Aku pun apa lagi, gigit-gigit powtet sepuas hati. Sangat geram.
Sambil aku main-main dengan Powtet, Cik Jan dengan Alang bersiap nak pegi jenguk anak-anak Cik Jan yang lain dekat asrama.
Masa tu Pakcik balik bawak makanan yang dia tapau. Semua orang buat tak tau je kat Pakcik. Aku pun dah jadi tak reti nak tegur-tegur Pakcik. Tapi memang dari dulu lagi aku memang tak suka dia.
Pukul 3 lebih, kitorang semua bertolak keluar. Aku call Atoy nak tau kot-kot dia dah ada dekat-dekat sini. Boleh la singgah rumah dia. Tapi dia kat Kepong. Jadinya, aku terus balik Sungai Buloh.
Dalam perjalanan balik, aku telefon Piji. Dia tengah bersiap nak pegi Serdang. Temankan Yus la tu.
Aku tak tau la kenapa aku gatal nak balik ikut jalan yang lain. Akibatnya, terbabas masuk jalan yang gila sesak dan jauh. Menyesal betul.
Akhirnya, aku sampai jugak rumah dalam pukul 4 lebih.
Bila dah tukar baju, rasa selesa pulak. Telefon Piji bagitau hari ini adalah hari malas nak keluar rumah. Aku suruh dia luangkan masa dengan Yus sebab Yus pun dah nak kahwin lagi beberapa hari je lagi.
So sekian la aktiviti hari ni.
No comments:
Post a Comment