Wednesday, January 18, 2012

Manusia dan Kebijaksanaan

Setiap kali berjumpa dengan orang yg diketahui umum berilmu tinggi, aku terasa begitu beruntung. Aku tunjukkan rasa hormatku. Kerana aku rasa mereka amat bertuah dikurniakan rezeki dengan ilmu. Tak semua orang bertuah sebegitu.

Aku pernah makan semeja dengan seorang ilmuwan yang begitu merendah diri. Selamba saja makan kat gerai tepi jalan. Makan ubi kayu cicah sambal bilis pulak tu. Dengan golongan ini, kita tak perlu risau. Tanya je satu soalan, InsyaAllah sepanjang sesi makan tu banyak benda yang dapat kau belajar secara tak langsung.


 

Tapi ada juga golongan ini yang menyalahgunakan kedudukan mereka. Mereka merasa bangga dengan ilmu yang mereka ada. Ilmu yang sepatutnya disyukuri dan dikongsi, dijadikan pula senjata untuk bermegah-megah. Bengang jugak bila sekali-sekala terpaksa melayan kerenah bongkak golongan berilmu ni. Bukannya susah pun Allah nak tarik balik ilmu yang kau ada tu.

Pendapat si A yang berada dalam golongan berilmu ni ialah, tidak salah kami bongkak kerana kami bersusah payah mendapatkan ilmu. Jadi kami wajar diberi penghormatan. Kami bersusah payah mencari ilmu untuk mendapat kedudukan tinggi supaya dihormati.

No comments: