Monday, August 23, 2010

Tanda Kasih

Hari ni aku kurang sabar sikit dengan kerenah seseorang kat ofis. Akibatnya, kurus la pahala posa aku. Bart cakap, dia ada baca satu artikel pasal puasa. Menurut artikel tu, puasa ni ibarat ais ketul. Makin lama makin cayaq dan hilang begitu saja.

Aku dah sedih sikit, sebab penat puasa tapi seolah dapat rasa puasa tu hampir kepada sia-sia. Tapi, Allah Maha Penyayang. Dia bagi aku peluang berbuat kebaikan. Tak tau kenapa, Fuzah dan Amy datang suruh aku urut badan diorang.

Aku ni tak pandai mengurut sebenarnya. Tapi tak tau la, agaknya rasi dengan dorang kot.

Semoga kebaikan yang tidak seberapa tu, dapat menggemukkan pahala aku balik.

Soalannya, puasa aku mungkin kurus pahalanya, tapi bagaimana dengan orang yang menjadi punca aku kurang sabar?

Monday, July 26, 2010

Herbalife

Semalam aku dan Piji rajin pi buat analisis kesihatan kat tempat herbalife. Walaupun dalam hati rasa macam nanti mesti menyesal sebab orang tu nak jual produk je. Tapi aku interested nak tau body fat aku camana. Sebab sekarang dah buncit.

Sebelum masuk tu, aku tanya dulu ada kena cucuk-cucuk ke. Adik tu kata, diri atas scanner je.

So, macam biasa la, aku suruh Piji buat dulu. Bengong la aku ni, nak naik atas scan tu pun takut macam nak mati.

Lepas je abis scan, adik herbalife tu pun cerita la status kesihatan kitorang. Disebabkan takde telepon canggih yang bole tangkap gambar carta kesihatan tu, tak dapat la nak tunjuk kat sini. Tapi overall nye, aku ni kurang exercise, kurang minum air dan kurang makan sayur. Tapi umur dalaman aku ialah 27 tahun. Yay!

Piji pula, terlebih berat sikit dan umur dalaman dia 34 tahun. Hahahahahaha.

Hah! Lagi satu adik tu cakap, segelas kopi yang aku minum, akan mengeluarkan 3 gelas air dari dalam badan. Sebab tu la aku ni tak cukup air sebab suka sangat minum kopi.

Eventhough adik tu tak promote sangat barang herbalife dia tu, aku buat-buat ramah cari nahas tanya jugak.

So harga untuk Shake drinks tu, RM163. Tahan selama sebulan jika minum waktu breakfast sahaja.

Manakala Tea-mixed dia berharga RM 233 dan tahan selama sebulan juga.

Kesimpulannya, badan aku ni takde la ada sakit kronik ke apa ke. Ok je. Aku je yang terlebih risau.

Alhamdulillah.

Thursday, July 15, 2010

Kalau nak buat dosa

Kalau nak buat dosa, toksah la nak libatkan orang lain.

Haih... nak citer kat sini pun nanti dikata membuka aib orang.

Aku citer untuk pedoman diri sendiri je la. Lagipun bukan ada orang baca blog ni.

Ini citer pasal L and G. L ni bini orang, G tu laki orang.

Diorang ni mengaku sedara. Atas pengakuan tu la diorang berani saling urut-mengurut.

Mula-mula nampak urut tengkuk, sekarang dah menjalar ke kaki pulak.

Ikut suka kau la nak buat salah apa or atas dasar apa. Tapi, tolong la buat sembunyi-sembunyi.

Aku yang nampak ni dah ikut berdosa sebab tak tegur.

Tegur karang, dah sentap. Bila sentap, mula la aib aku pula dibuka.

Entah la...

Kalau ada sapa2 yang berkaitan terbaca ni, mintak maap la awal2.

Monday, July 12, 2010

Harrassment

To that person who refuse to speak to me, you should be grateful because i'm not telling others what you did to me.

Dia yang buat harrassment, dia pulak yang nak merajuk.

Memang la dia dah seek forgiveness, but for me to forget what you did is not as easy as you hurt me.

Benda macam tu memang la takes time. Tapi bila kita dah cool tu, pandai-pandai la ambik hati balik.

Alih-alih dia pulak tak nak cakap dengan orang. Tak paham betul orang macam ni.

Monday, June 21, 2010

Delete

First time delete comment orang kat FB status aku. Sorry ye orang itu. Saya tak berkenan komen awak tu. Awak pun saya tak berkenan juga sebenarnya.

Sibuk je.

Who do you think you are?

Friday, June 11, 2010

Pemerhatian

Masa takde boyfren, punya la jaga diet sebab nak cantik supaya ada boyfren.

Bila dah dapat boyfren, hati senang, asyik makan je.

Akibatnya, masa kawin badan sangat berisi.

Apa-apa pun, semua pengantin adalah cantik.

Thursday, June 10, 2010

Password

Punya la banyak password nak kena ingat. I'm not talking about benda yg related to work or office je. Tapi personal juga. Contohnya, maybank2u, email, facebook, even blog ni jugak. Semua pun ada password.

Kalau la tiba-tiba aku hilang ingatan. Nauzubillah.

Ya Allah, hanya Engkau tempat aku memohon perlindungan.

Monday, June 7, 2010

Cakap Tegak-tegak.

Daripada order "teh tarik kurang manis" dan dapat teh tarik manis gila, lain kali cakap je kat mamak tu, nak "teh tarik tawar".

Thursday, May 20, 2010

Long Time No See

Bila bukak je blog ni, terus terbatuk. Punya la berhabuk.

Sungguh berhabuk. Berhabuk sungguh.

After 8 days of home quarantine due to 2 of my collegues yang kena h1n1, today, I'm back to office sweet office.

Most of other staffs cuma ada Influenza-Like-Illness (ILI), tapi adviced by doctor to stay at home for precaution.

So, setelah 4 bulan menghamba diri kat ofis tanpa cuti dan mc, akhirnya dapat cuti panjang.

Apa aktiviti ketika kuarantin? Duduk diam-diam kat rumah. Sedih kan?

Ayah pun tak nak datang teman dan tak berani bagi balik Penang sebab ingat betul-betul kena H1N1. Ahahahahaha.

Sunday, January 31, 2010

Tak Relevan

Lama tak update blog since saya tak bayar duit streamyx. Dekat ofis pula, semua site kena blocked kecuali FB. Pelik kan.

Tak banyak benda berlaku kecuali saya sangat sedih sebab bos saya dah tender his resignation last 15th Of January.

I confessed that I'm quite attached to him since we always travel together. Agak takut juga buat confession ni sebab dia sudah berkahwin. Kalau la saya ni isteri dia, mesti saya dah jeles orang buat confession cam gini.

Saya pernah jumpa his wife once. Dan orangnya sangat lah remarkable. Saya sangat segan dengan dia.

Dulu, saya ada juga attached to someone yang saya panggil big bro. Dan bila dia hilang, sangat la terkesan di hati saya. Mujur ada mydia.

Sekarang ni pun saya sedih sikit je. Sebab InsyaAllah, masih boleh berutus khabar berita lagi lepas dia berenti nanti.

Dan saya masih ada mydia yang sangat sabar melayan kerenah saya. Mekasih mydia.

Saturday, January 9, 2010

Reunion Dgn Ajja & Shee

On the way back home, when I was on the train, I kept receiving a call from unfamiliar number. I missed to answer those calls because I had to stand on the train and hold on to something to refrain myself from falling.

Only at Wangsa Maju station, after I managed to get a seat that I got to answer the call. It was Ajja, inviting me to had minum-minum session with her and Shee. Both of them were my colleague when I was working with HP. We agreed to meet at OTWC Kota Damansara at 9 PM.

After went back home and met my parents who just got here today, I straightly went to meet them. When I reached at the OTWC, I cannot recognized them since both of them are free haired now. Nakal sungguh budak-budak ni. Hehe.

At first, it's kinda awkward for all of us to start conversation because it's been quite a year we never seen each other. Then after that, we open up about what's currently happened in our lives.

Actually they started giving me a hint about their life since last week, when we planned to have this reunion. They keep telling me that they are available 24/7. I feel kinda weird since I know that Ajja already had a boyfriend and She already got married last June if I'm not mistaken.

At last they told me that they are now no longer in a relationship with their partner. I'm quite shocked to hear this, especially for Shee.

While they were telling about their sad stories, I can feel their pain. I feel guilty for not being able to do anything. I feel aware about my own relationship, that anything can happen no matter at what stages.

I just can hope and pray for both of them. I hope I can spend more time for them. Friend is what they really need right now to make them forget the pain and hurt.

Thursday, January 7, 2010

Intern

Recently, I have lots of incidents to cater after a long break of end of last year. I only have 2 hands to do all the things. I admit that I cannot handle it all at once. I need help.

I used to have 1 intern to help me. But it only last for 2 weeks. I cannot stand the way the intern do the work.

I rejected the intern and ask her to help other staff. The response that I get is:

A: I agree u reject the intern. Intern suppose cannot choose the task that we assigned to them.

B: Diorang intern je. Bukan staff. Mana boleh push lebih-lebih.

Actually the intern reject me first. She dare to send sms to one of the staff asking till when she need to help me because she interested to do something else.

After I rejected her, then she begged and regret her action.

I'm not hating her. I just don't have the patience to attend to all these nonsense.

Wednesday, January 6, 2010

Blur

Tadi masa keje macam banyak je idea nak update blog. Bila dah klik new post, ilang pulak semua idea.

Haihhhh....

Nanti kalau ingat, update lagi.

Apa-apa pun hari ni gembira sebab member lama contact balik.

Hermin dan Jason.

Walaupun diorang contact sebab ada agenda lain, saya memahami kenapa.

Sebab kadang-kadang saya pun macam tu. Terlalu bz dengan kehidupan seharian.

Tuesday, January 5, 2010

Anak

Dua hari ni baca status FB. Kawan-kawan semua update pasal anak.

Hari pertama anak pergi sekolah. Apa jadi kat anak lepas balik dari sekolah pada hari pertama.

Ayu pun citer pasal anak kat blog dia. Anak murid.

Misa dengan Bart? Anak tekak, anak tudung or anak kucing?

Monday, January 4, 2010

Lenguh

Baru balik keje dan rasa sangat lenguh.

Bangun pukul 6.15.

Mandi.Semayang.Siap-siap. Dah 6.45.

Amik Piji kat umah. 7.15 baru masuk jalan besar.

Dah pesan kat dia semalam lagi suruh beli tiket turun kat Ampang Park.

Dia beli KLCC jugak. Dah rugi dua puluh sen.

Misa sangat marah sebab azam tahun baru 2010 dia nak jadi kedekut.

Sampai Ampang Park. 8.20. Bayar hutang kad kredit.

Sebab tu Misa berazam nak jadi kedekut sebab dia banyak hutang.

Sarapan di Pelita.

Pukul 9, sampai ofis. Terserempak Su di lif.

Misa tak terus buat keje, tapi selesaikan hal peribadi dia dulu. Iaitu melengkapkan borang claim.

Pukul 10 baru dia start buat MyGeniie. Punya lah berlambak.

Hari ni Misa dipulaukan. So dia skip lunch.

Buat kerja dengan rajin sampai pukul 4.30.

Pastu dia bersembang dengan Amy. Gosip sikit dengan Tham.

Dia sangat tempting nak bagitahu sesuatu yang hangat dekat orang yang sedang hangat bercuti.

Tapi dia menahan diri sebab dah janji tahun ni takmo jadi orang yang mengadu domba lagi.

Pukul 7 turun bawah dengan Fahroe.

Misa excited nak makan kat kedai baru Kopicana. Punya la lama belek menu sebab confuse nak makan apa.

At last dia makan Ipoh Hor Fun. Piji pulak makan chicken chop. Air white coffee dikongsi bersama. Bersungguhnya Misa nak kedekut.

Misa tunggu dengan hati berbunga-bunga. Pukul 9 makanan sampai.

Baru makan satu sudu. Misa dah tension sebab tak sedap. Bertambah tension bila ada budak kecik nak tagih perhatian dia lari-lari kat tepi.

Setelah berjaya memaksa diri memakan Hor Fun yang masin tu sebanyak setengah mangkuk, Misa pun pulang ke sarang.

Dan sekarang Misa bosan duduk bilik sorang-sorang sambil memicit kakinya yang lenguh.

Hari Pertama bekerja di 2010

Semangat nak kembali menjadi Jin setelah bercuti selama 9 hari.

Marathon buat MyGeniie ler nampak gayanya.

Demi PeLSSB.

Kunun nak pegi keje pukul 7 esok. Tapi still dok mengadap The Nanny marathon.

Camana ni?

Saturday, January 2, 2010

Review

2nd day of 2010, still takde apa-apa changes.

Reviewing my year in 2009, the compliment that I ever had as a woman is:

"Misa ni tak fotogenik lah"

Ahahahaha.

Friday, January 1, 2010

Hepi New Year 2010

Selamat tahun baru.

Takde apa yang best sangat.

Menyesal tak bertunang hari ni. Kalau tak sama tarikh dengan dr sms.

Masalahnya, ada ke orang yang nak bertunang dengan aku. Hik2.