Monday, January 4, 2010

Lenguh

Baru balik keje dan rasa sangat lenguh.

Bangun pukul 6.15.

Mandi.Semayang.Siap-siap. Dah 6.45.

Amik Piji kat umah. 7.15 baru masuk jalan besar.

Dah pesan kat dia semalam lagi suruh beli tiket turun kat Ampang Park.

Dia beli KLCC jugak. Dah rugi dua puluh sen.

Misa sangat marah sebab azam tahun baru 2010 dia nak jadi kedekut.

Sampai Ampang Park. 8.20. Bayar hutang kad kredit.

Sebab tu Misa berazam nak jadi kedekut sebab dia banyak hutang.

Sarapan di Pelita.

Pukul 9, sampai ofis. Terserempak Su di lif.

Misa tak terus buat keje, tapi selesaikan hal peribadi dia dulu. Iaitu melengkapkan borang claim.

Pukul 10 baru dia start buat MyGeniie. Punya lah berlambak.

Hari ni Misa dipulaukan. So dia skip lunch.

Buat kerja dengan rajin sampai pukul 4.30.

Pastu dia bersembang dengan Amy. Gosip sikit dengan Tham.

Dia sangat tempting nak bagitahu sesuatu yang hangat dekat orang yang sedang hangat bercuti.

Tapi dia menahan diri sebab dah janji tahun ni takmo jadi orang yang mengadu domba lagi.

Pukul 7 turun bawah dengan Fahroe.

Misa excited nak makan kat kedai baru Kopicana. Punya la lama belek menu sebab confuse nak makan apa.

At last dia makan Ipoh Hor Fun. Piji pulak makan chicken chop. Air white coffee dikongsi bersama. Bersungguhnya Misa nak kedekut.

Misa tunggu dengan hati berbunga-bunga. Pukul 9 makanan sampai.

Baru makan satu sudu. Misa dah tension sebab tak sedap. Bertambah tension bila ada budak kecik nak tagih perhatian dia lari-lari kat tepi.

Setelah berjaya memaksa diri memakan Hor Fun yang masin tu sebanyak setengah mangkuk, Misa pun pulang ke sarang.

Dan sekarang Misa bosan duduk bilik sorang-sorang sambil memicit kakinya yang lenguh.

2 comments:

Ayu Ikhwani said...

Ape yg hangat.. kasi tau la sy yg kepoh ini

misa said...

Ahahaha. Takde mende pun. Gosip ofis je.