Saturday, January 29, 2011

Cari Baju Bertunang

Hari ni janji nak pergi rumah Cik Jan pukul 11. Sebab mintak tolong Cik Jan bawakan ke kedai butik pengantin. Tapi sampai rumah Cik Jan pukul 12 lebih.

Sampai je depan rumah, Cik Jan terus cakap aku ni betul-betul anak ayah. Selalu lambat. Nak je aku jawab, ayah lambat sebab aku ler. Tapi tak baik menjawab cakap orang 'lama'.

Tak sempat masuk rumah, Cik Jan terus ajak naik kereta dia pergi butik tu. Sampai je butik, aku pilih 2 baju untuk dicuba.

Pilihan pertama, aku pakai agak gedoboh sikit. So beralih pada pilihan kedua, baju songket lace ape tah. Lebih elok pilihan kedua.

Lepas dah cuba kedua-dua baju, terus tanya tuan kedai tu macam mana kira bicaranya. Sebenarnya aku nak cuba banyak baju kat kedai tu. Tapi tuan kedai tu macam tak suka je. So aku pun malas nak cuba banyak-banyak.

Harga sewa baju tu termasuk aksesori ialah RM500. Aku cakap kat tuan kedai aku akan confirmkan by 2hb Feb nanti.

Lepas tu, balik rumah Cik Jan sebab dia ajak aku makan tengahari kat rumah dia. Sampai je rumah, Cik Jan terus bersilat masak kat dapur.

Aku temankan sembang je la. Nak masak tak reti walaupun dah gatal nak menikah.

Tak sampai sejam dah siap 5 hidangan. Sambal tumis udang, tauge masak lemak, bendi rebus, sambal belacan dan ikan masin goreng.

Sambil makan sambil gossip. Biasa la lama tak jumpa la kunun. Oh ye, lupa nak bagitau, Alang pun ada. Dia cuti sebelum periksa final semester.

Lepas makan, ada puding jagung lagi.

Cik Jan pergi amik Powtet kat sebelah rumah. Jiran sebelah ni rajin jagakan powtet. Powtet masuk je rumah, terus jalan ke arah aku dan duduk kat riba. Alamak, sangat comel ok. Aku pun apa lagi, gigit-gigit powtet sepuas hati. Sangat geram.

Sambil aku main-main dengan Powtet, Cik Jan dengan Alang bersiap nak pegi jenguk anak-anak Cik Jan yang lain dekat asrama.

Masa tu Pakcik balik bawak makanan yang dia tapau. Semua orang buat tak tau je kat Pakcik. Aku pun dah jadi tak reti nak tegur-tegur Pakcik. Tapi memang dari dulu lagi aku memang tak suka dia.

Pukul 3 lebih, kitorang semua bertolak keluar. Aku call Atoy nak tau kot-kot dia dah ada dekat-dekat sini. Boleh la singgah rumah dia. Tapi dia kat Kepong. Jadinya, aku terus balik Sungai Buloh.

Dalam perjalanan balik, aku telefon Piji. Dia tengah bersiap nak pegi Serdang. Temankan Yus la tu.

Aku tak tau la kenapa aku gatal nak balik ikut jalan yang lain. Akibatnya, terbabas masuk jalan yang gila sesak dan jauh. Menyesal betul.

Akhirnya, aku sampai jugak rumah dalam pukul 4 lebih.

Bila dah tukar baju, rasa selesa pulak. Telefon Piji bagitau hari ini adalah hari malas nak keluar rumah. Aku suruh dia luangkan masa dengan Yus sebab Yus pun dah nak kahwin lagi beberapa hari je lagi.

So sekian la aktiviti hari ni.

Thursday, January 27, 2011

Meletup Lagi


Hari ni sangat bad mood. Dah la asyik kena marah je dengan user. Salah diorang jugak. Bila nak dekat dateline baru nak buat. Bila tak boleh completekan task, nak marah-marah pulak.

Bak kata Kak Jidah, sape suruh nak berak baru nak buat jamban.

Sebelum lunch, ada la beberapa orang sembang kat belakang aku. Punya la seronok bersembang sampai lupa ada orang lain tengah bekerja.

Mula-mula aku dah ehem ehem je. Pastu macam tak jalan je. Maybe diorang tak perasan kot.

So, aku pun bangun dan cakap elok-elok kat diorang supaya jangan bising sebab sekarang banyak user call. Nanti diorang dengar orang dok gelak-gelak, kang ingat kita ni memang tak buat keje.

Alih-alih si Nizam yang tak bising pulak menyampuk suruh aku pindah duduk dalam studio. Lalu Karam Singh Walia berkata, ibarat mencurah minyak ke dalam api. Meletup la aku. Kena la Nizam menadah beberapa peluru berpandu.

Hopefully diorang faham kenapa aku tension. Orang yang keje layan customer je yang tau betapa tensionnya. Maybe ada yang cakap, macam la keje dia je yang tension.

Maybe la ko tension dengan bos ko. Tapi aku ni, customer or user tu bos aku. Cuba kira berapa puluh ribu bos aku ada. Ko mampu?

Monday, January 24, 2011

Oopss! I Did It Again!


Semalam tak boleh tido sampai la pukul 4 pagi sebab tengok cerita hantu Kak Limah.

Bangun je dah tengahari. Kul 1.30 pegi McD dengan bakal tunang (nak termuntah tak?)sebab mengidam nak makan Prosperity Burger Ayam.

Pukul 2.30 dah ada kat rumah balik. Basuh baju dan browsing-browsing.

Pukul 4 macam tu ada orang gaduh jerit-jerit kat bawah. Terus pakai headset. Malas nak dengar.

Layan YouTube. Lepas tu dengar bunyi hujan.

Tarik selimut dan tiduuuuuuuur.

Sesekali terjaga, pastu rasa macam ada benda penting nak kena buat. Tapi tak ingat apa dia.

Selalunya kalau teringat macam tu, memang ada benda penting.

Tidur balik dengan senang hati.

Pukul 6.45 terjaga. Lepas tu terus teringat apa benda penting tadi.

Rupanya baru teringat, kena bagi kunci kat Aju.

Lompat turun dari katil terus pegi ke ruang tamu cari telefon yang tengah di-charge.

Tak sempat tengok ada berapa puluh misscall.

Piji call dan bagitau, Aju dah sampai area rumah dari pukul 5 lagi. Tapi tak boleh masuk rumah sebab takde kunci.

Hallamak.... Teruk betul la saya ni.........

Terus call Aju dan mintak maap sangat-sangat kat dia. Terpikir, camana la dia survive tunggu selama 2 jam dalam keadaan hujan lebat tu.

Sampai sekarang masih rasa bersalah lagi.

Saturday, January 22, 2011

Bila Tak Bayar Bil Astro


For this past 2 weeks I've been watching DVD. A lot of Dvds.

Right now, I'm watching Grey's Anatomy Season 2. To be exact, the episode where Dr. McSteamy aka Mark Sloan makes his first appearance.

And also the first appearance of Meredith's father. Meredith decided to confront her father because she did not want to be like one of her patients who choose to send hate tapes to people who have hurt him, when he thought he's going to die.

Meredith questioned his father why he did not fight for her when he knew that her mother was cheating on him.

Her father seems hesitated to answer and choose to keep silent.

My guess is her father was and still so much in love with her mother so he chose not to hurt her mother by taking away Meredith.

Friday, January 21, 2011

Kinda Cruel



I cant remember whether I had a posting about this before. It is about the quote " Sometimes we have to be cruel in order to be kind"

I remember this quote because back at primary school, I was mistakenly change it to " Sometimes we have to be kind in order to be cruel".

And my friend who realized about my mistake is Isyam and she laughed at me. But then, she said it's kinda cruel for someone to act kind in order to be cruel.

Hopefully nobody will intend to act like that to me. Remember David Dash in Desperate Housewives Season 5? That character portrayed the most about the mistaken quote.

Tuesday, January 18, 2011

Yay! Boleh Update

Sangat gembira sebab boleh update blog dekat ofis. Since dah takde internet dekat rumah, agak susah la nak update.

Sebelum ni blogspot kena block kat ofis. Tapi sejak diorang block Facebook dengan Youtube, tiba-tiba je blogspot pulak boleh.

Kelakar kan.

Ok lah nak bersiap pegi lunch. Nak lunch pun kena bersiap. Ape la Misa ni.