Semalam aku dan Piji rajin pi buat analisis kesihatan kat tempat herbalife. Walaupun dalam hati rasa macam nanti mesti menyesal sebab orang tu nak jual produk je. Tapi aku interested nak tau body fat aku camana. Sebab sekarang dah buncit.
Sebelum masuk tu, aku tanya dulu ada kena cucuk-cucuk ke. Adik tu kata, diri atas scanner je.
So, macam biasa la, aku suruh Piji buat dulu. Bengong la aku ni, nak naik atas scan tu pun takut macam nak mati.
Lepas je abis scan, adik herbalife tu pun cerita la status kesihatan kitorang. Disebabkan takde telepon canggih yang bole tangkap gambar carta kesihatan tu, tak dapat la nak tunjuk kat sini. Tapi overall nye, aku ni kurang exercise, kurang minum air dan kurang makan sayur. Tapi umur dalaman aku ialah 27 tahun. Yay!
Piji pula, terlebih berat sikit dan umur dalaman dia 34 tahun. Hahahahahaha.
Hah! Lagi satu adik tu cakap, segelas kopi yang aku minum, akan mengeluarkan 3 gelas air dari dalam badan. Sebab tu la aku ni tak cukup air sebab suka sangat minum kopi.
Eventhough adik tu tak promote sangat barang herbalife dia tu, aku buat-buat ramah cari nahas tanya jugak.
So harga untuk Shake drinks tu, RM163. Tahan selama sebulan jika minum waktu breakfast sahaja.
Manakala Tea-mixed dia berharga RM 233 dan tahan selama sebulan juga.
Kesimpulannya, badan aku ni takde la ada sakit kronik ke apa ke. Ok je. Aku je yang terlebih risau.
Alhamdulillah.
Monday, July 26, 2010
Thursday, July 15, 2010
Kalau nak buat dosa
Kalau nak buat dosa, toksah la nak libatkan orang lain.
Haih... nak citer kat sini pun nanti dikata membuka aib orang.
Aku citer untuk pedoman diri sendiri je la. Lagipun bukan ada orang baca blog ni.
Ini citer pasal L and G. L ni bini orang, G tu laki orang.
Diorang ni mengaku sedara. Atas pengakuan tu la diorang berani saling urut-mengurut.
Mula-mula nampak urut tengkuk, sekarang dah menjalar ke kaki pulak.
Ikut suka kau la nak buat salah apa or atas dasar apa. Tapi, tolong la buat sembunyi-sembunyi.
Aku yang nampak ni dah ikut berdosa sebab tak tegur.
Tegur karang, dah sentap. Bila sentap, mula la aib aku pula dibuka.
Entah la...
Kalau ada sapa2 yang berkaitan terbaca ni, mintak maap la awal2.

Monday, July 12, 2010
Harrassment
To that person who refuse to speak to me, you should be grateful because i'm not telling others what you did to me.
Dia yang buat harrassment, dia pulak yang nak merajuk.
Memang la dia dah seek forgiveness, but for me to forget what you did is not as easy as you hurt me.
Benda macam tu memang la takes time. Tapi bila kita dah cool tu, pandai-pandai la ambik hati balik.
Alih-alih dia pulak tak nak cakap dengan orang. Tak paham betul orang macam ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)