Monday, July 26, 2010

Herbalife

Semalam aku dan Piji rajin pi buat analisis kesihatan kat tempat herbalife. Walaupun dalam hati rasa macam nanti mesti menyesal sebab orang tu nak jual produk je. Tapi aku interested nak tau body fat aku camana. Sebab sekarang dah buncit.

Sebelum masuk tu, aku tanya dulu ada kena cucuk-cucuk ke. Adik tu kata, diri atas scanner je.

So, macam biasa la, aku suruh Piji buat dulu. Bengong la aku ni, nak naik atas scan tu pun takut macam nak mati.

Lepas je abis scan, adik herbalife tu pun cerita la status kesihatan kitorang. Disebabkan takde telepon canggih yang bole tangkap gambar carta kesihatan tu, tak dapat la nak tunjuk kat sini. Tapi overall nye, aku ni kurang exercise, kurang minum air dan kurang makan sayur. Tapi umur dalaman aku ialah 27 tahun. Yay!

Piji pula, terlebih berat sikit dan umur dalaman dia 34 tahun. Hahahahahaha.

Hah! Lagi satu adik tu cakap, segelas kopi yang aku minum, akan mengeluarkan 3 gelas air dari dalam badan. Sebab tu la aku ni tak cukup air sebab suka sangat minum kopi.

Eventhough adik tu tak promote sangat barang herbalife dia tu, aku buat-buat ramah cari nahas tanya jugak.

So harga untuk Shake drinks tu, RM163. Tahan selama sebulan jika minum waktu breakfast sahaja.

Manakala Tea-mixed dia berharga RM 233 dan tahan selama sebulan juga.

Kesimpulannya, badan aku ni takde la ada sakit kronik ke apa ke. Ok je. Aku je yang terlebih risau.

Alhamdulillah.

No comments: