Tuesday, January 5, 2010

Anak

Dua hari ni baca status FB. Kawan-kawan semua update pasal anak.

Hari pertama anak pergi sekolah. Apa jadi kat anak lepas balik dari sekolah pada hari pertama.

Ayu pun citer pasal anak kat blog dia. Anak murid.

Misa dengan Bart? Anak tekak, anak tudung or anak kucing?

Monday, January 4, 2010

Lenguh

Baru balik keje dan rasa sangat lenguh.

Bangun pukul 6.15.

Mandi.Semayang.Siap-siap. Dah 6.45.

Amik Piji kat umah. 7.15 baru masuk jalan besar.

Dah pesan kat dia semalam lagi suruh beli tiket turun kat Ampang Park.

Dia beli KLCC jugak. Dah rugi dua puluh sen.

Misa sangat marah sebab azam tahun baru 2010 dia nak jadi kedekut.

Sampai Ampang Park. 8.20. Bayar hutang kad kredit.

Sebab tu Misa berazam nak jadi kedekut sebab dia banyak hutang.

Sarapan di Pelita.

Pukul 9, sampai ofis. Terserempak Su di lif.

Misa tak terus buat keje, tapi selesaikan hal peribadi dia dulu. Iaitu melengkapkan borang claim.

Pukul 10 baru dia start buat MyGeniie. Punya lah berlambak.

Hari ni Misa dipulaukan. So dia skip lunch.

Buat kerja dengan rajin sampai pukul 4.30.

Pastu dia bersembang dengan Amy. Gosip sikit dengan Tham.

Dia sangat tempting nak bagitahu sesuatu yang hangat dekat orang yang sedang hangat bercuti.

Tapi dia menahan diri sebab dah janji tahun ni takmo jadi orang yang mengadu domba lagi.

Pukul 7 turun bawah dengan Fahroe.

Misa excited nak makan kat kedai baru Kopicana. Punya la lama belek menu sebab confuse nak makan apa.

At last dia makan Ipoh Hor Fun. Piji pulak makan chicken chop. Air white coffee dikongsi bersama. Bersungguhnya Misa nak kedekut.

Misa tunggu dengan hati berbunga-bunga. Pukul 9 makanan sampai.

Baru makan satu sudu. Misa dah tension sebab tak sedap. Bertambah tension bila ada budak kecik nak tagih perhatian dia lari-lari kat tepi.

Setelah berjaya memaksa diri memakan Hor Fun yang masin tu sebanyak setengah mangkuk, Misa pun pulang ke sarang.

Dan sekarang Misa bosan duduk bilik sorang-sorang sambil memicit kakinya yang lenguh.

Hari Pertama bekerja di 2010

Semangat nak kembali menjadi Jin setelah bercuti selama 9 hari.

Marathon buat MyGeniie ler nampak gayanya.

Demi PeLSSB.

Kunun nak pegi keje pukul 7 esok. Tapi still dok mengadap The Nanny marathon.

Camana ni?

Saturday, January 2, 2010

Review

2nd day of 2010, still takde apa-apa changes.

Reviewing my year in 2009, the compliment that I ever had as a woman is:

"Misa ni tak fotogenik lah"

Ahahahaha.

Friday, January 1, 2010

Hepi New Year 2010

Selamat tahun baru.

Takde apa yang best sangat.

Menyesal tak bertunang hari ni. Kalau tak sama tarikh dengan dr sms.

Masalahnya, ada ke orang yang nak bertunang dengan aku. Hik2.

Tuesday, December 8, 2009

Malam ke-2 Di Sibu

Semalam sedih sebab dinner sorang-sorang kat dalam bilik. Tapi hari ni, ada orang baik hati bawak aku dengan Bob gi dinner.

Thanks Hezli sebab bawak kitorang makan kat tempat best. Makanan sedap. Hezli belanja pulak tu. Neslo tarik dia pun sedap.

Lepas makan, Hezli bawak kitorang pusing-pusing Sibu. Sambil ronda-ronda tu, dapat dengar lagu best-best dalam kereta dia.

Yang paling penting, Hezli ni eye-candy juga. Ahahahahahahahahaha.

Misa naughty.

Thursday, December 3, 2009

Kena Saman

Tension dan stressed sebab kena saman. Nangis sampai bengkak-bengkak mata.

Tapi sekarang dah penat nangis.

Masa ni la kena apply metafora kasut tu.

"Sedih sebab tak dapat beli kasut baru, tapi lagi sedih orang yang takde kaki nak pakai kasut"

Aku kena saman, tapi InsyaAllah dapat buat rayuan.

Cuba pikir nasib peniaga melayu yang menjaja di jalanan pastu kena saman sebab tak mampu nak bayar lesen perniagaan.

Dah la pendapatan seharian pun cukup-cukup.

So Misa, rileks dan usaha slow-slow atasi masalah ni ok!